AYUH! SERTAI KAMI

Kami mengalu-alukan penyertaan dan penglibatan anda

MAJLIS APRESIASI 3 GENERASI RAIAKAN KESINAMBUNGAN LEGASI PERJUANGAN DAKWAH

BANGI, 26 September 2026 โ€“ Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi: Menyambung Legasi Perjuangan yang menghimpunkan keluarga besar WADAH, ABIM dan PKPIM telah berlangsung di Bangi Avenue Convention Center (BACC), sebagai menyantuni tiga generasi penggerak dakwah serta meraikan kesinambungan perjuangan antara generasi.

MPSK KE-7 2026 PERKUKUH GERAK KERJA SALWA DAN HALA TUJU DAKWAH BERSTRATEGI

SERDANG, 25 September 2026 โ€“ Pertubuhan SALWA Malaysia telah menganjurkan Majlis Perwakilan SALWA Kebangsaan (MPSK) ke-7 2026 yang berlangsung di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia (UPM), pada 25 September 2026.

Majlis yang menghimpunkan lebih 150 orang pemerhati dan perwakilan SALWA dari seluruh negara itu menjadi medan penting bagi membentang, menilai dan melakukan muhasabah terhadap pencapaian serta perkembangan gerak kerja SALWA di peringkat pusat dan negeri bagi tempoh 2025 hingga 2026.

SELAMAT HARI MALAYSIA

Kinabalu megah memeluk awan
Santubong indah dibelai bayu
Utara Perlis Indera Kayangan
Johor berdaulat, warisan Melayu

Titiwangsa hijau berbalam mesra
Melaka bersejarah pusaka bangsa
Dari timur ke barat satu bicara
Malaysia tercinta, sejahtera sentiasa

Bumi bertuah aman permai
Pemimpin dan rakyat sehati berpadu
Hormat-menghormati kekal berdamai

Menyulam harmoni, negara maju

Semoga Malaysia terus utuh di persada dunia dengan kepimpinan negara yang terbilang.

๐ŸŒบ Selamat Hari Malaysia ๐ŸŒบ

Daripada 
Pengerusi dan Saf Kepimpinan
Pertubuhan SALWA Malaysia 
16 September 2026

BENGKEL IBU BAPA CELIK DIGITAL PERKASA PERANAN KELUARGA MEMBINA GENERASI DIGITAL BESTARI

KOTA KINABALU, 12 September 2026 โ€“ Seramai 200 orang ahli komuniti dan guru-guru sekitar Sepanggar menyertai Bengkel Ibu Bapa Celik Digital: Memperkasa Ibu Bapa, Membina Generasi Digital Bestari yang berlangsung di Dewan Al-Munir, Kampung Darau, Manggatal, Kota Kinabalu.

Bengkel yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini merupakan satu inisiatif kolaboratif yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam usaha memperkukuh literasi digital dalam kalangan ibu bapa, guru dan komuniti, khususnya dalam mendepani cabaran penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi amanah yang wajib dipertahankan. Di bumi bertuah ini, bersama kita teguhkan kasih kepada tanah air, kita suburkan perpaduan dan kita pelihara keamanan yang diwarisi.
Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah amanah besar yang perlu dipelihara dengan kesatuan, tanggungjawab dan kecintaan kepada tanah air. Marilah kita mengisi erti merdeka dengan membina masyarakat yang berilmu, berakhlak, saling menghormati serta bersama-sama menghargai dan mensyukuri keamanan. 

Salam Maulid Al-Rasul 1448H

Salam Maulid Al-Rasul 1448H
Kelahiran Rasulullah SAW adalah sejarah kelahiran yang menjadi peringatan penting buat seluruh umat Islam. Rasulullah SAW diutuskan untuk pengukuhan tauhidik dan akhlak yang berpasakkan iman dan amal. 

Rasulullah SAW diutus untuk menyampaikan wahyu, menyucikan dan mendidik umat
ู‡ููˆูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ุจูŽุนูŽุซูŽ ูููŠ ุงู„ู’ุฃูู…ูู‘ูŠูู‘ูŠู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู‹ุง ู…ูู‘ู†ู’ู‡ูู…ู’ ูŠูŽุชู’ู„ููˆ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุขูŠูŽุงุชูู‡ู 
 ูˆูŽูŠูุฒูŽูƒูู‘ูŠู‡ูู…ู’ ูˆูŽูŠูุนูŽู„ูู‘ู…ูู‡ูู…ู ุงู„ู’ูƒูุชูŽุงุจูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุญููƒู’ู…ูŽุฉูŽ
โ€œDialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin seorang Rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan mereka serta mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah...โ€


TERIMA KASIH PMX: ELAUN PASCA CUTI BERSALIN โ€“ REFORMASI PARADIGMA IBU BEKERJAYA

Pertubuhan SALWA Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas keprihatinan tinggi memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin menerusi agenda Kerajaan MADANI.

Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2026

Semoga Hari Wanita ini menjadi peringatan bahawa peranan wanita bukan sekadar dihargai, tetapi terus diperkasa โ€“ dalam keluarga, masyarakat dan kepimpinan negara.

๐ŸŒนMemartabat Wanita, 
Memperkukuh Negara๐ŸŒน

Daripada
Pengerusi dan Jawatankuasa
Pertubuhan SALWA Malaysia
8 Mac 2026

Berkaitan Isu Ehati Dan Pemerkasaan Wanita Yang Menggugat Akidah Umat

Pertubuhan SALWA Malaysia memandang serius perkembangan terkini berkaitan platform eHati serta program-program yang dijalankan, yang telah menimbulkan pelbagai kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya wanita Muslimah di Malaysia.


HARI WANITA ANTARABANGSA 2025

Sabtu 8/3/2025

Pertubuhan Salwa Malaysia dengan berbesar hati mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2025 dengan tema โ€œWanita Beraspirasi Membina Legasiโ€

Sambutan Maโ€™al Hijrah 1446H

Ibrah peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. atas perintah Allah yang menjadi permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam, mempunyai pengertian yang amat besar dalam kalangan umat Islam.


Lima dimensi Dasar Warga Emas Negara

Lima Dimensi Dasar Warga Emas Negara

Program penuaan sihat
Program penuaan aktif
Penuaan positif
Penuaan produktif 
Penuaan menyokong 

Nilai Akhlak Dalam Pembentukan Negara Madani Melalui Pendidikan

Pendidikan merupakan tunjang utama dalam membangunkan sesebuah negara. Pembentukan Negara Madani juga berasaskan enam teras utama iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Penjagaan Gigi Untuk Warga Emas

Penjagaan gigi untuk warga emas adalah aspek penting dalam menjaga kesihatan keseluruhan

Definisi Sihat

Apa pengertian Sihat secara Fizikal, Mental, Sosial dan Spiritual

Kepimpinan Wanita: Cabaran dan Potensi

Dalam era globalisasi yang serba pantas ini, peranan wanita dalam kepimpinan semakin mendapat perhatian dan pengiktirafan. Wanita bukan sahaja memainkan peranan penting dalam keluarga tetapi juga dalam pembangunan masyarakat dan negara. Kepimpinan wanita bukanlah satu konsep baharu, malah ia telah dibuktikan dalam sejarah Islam melalui tokoh-tokoh wanita hebat yang menjadi inspirasi hingga ke hari ini.

Persedian Menangani Ibubapa yang Lanjut Usia

Malaysia dijangka menjadi negara tua pada 2030, dengan 15.3% penduduk berumur lebih 60 tahun. Pada masa yang sama, peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih meningkat sedikit, dari 7.0% kepada 7.3%. Walaupun jangka hayat rakyat Malaysia menurun sejak 2020 disebabkan oleh peningkatan kematian akibat pandemik COVID-19, lelaki berusia 65 tahun pada 2022 dijangka hidup hingga 79.2 tahun, manakala wanita hingga 81.4 tahun.

Bilangan Pengunjung : 10218

Program Terkini

Video

Merancang Doa-Doa Kita

KULIAH PAGI : KELEBIHAN ZULHIJJAH

SEMINAR MENANGANI ANCAMAN AKIDAH UMAT ISLAM DALAM ERA DIGITAL

Bantuan Kecemasan Gempa Bumi Cebu, Filipina

Bantuan Kecemasan Gempa Bumi Cebu, Filipina